Hmm. Tba2 harini rasa teringin nak cari sotong. Best gak klu mlm ni buat sotong grg tepung. Emm yummy2!
Aku memang seorang pensotong orangnya. Bayangkan..dulu msa mak aku melawat aku kat asrama (dulu aku sekola kat sains muar ye) mak aku akan membawa lauk pauk tp semuanya berasaskan sotong. Dalam one visit dia bawa sambal sotong, sotong kicap dan sotong masak kunyit. Kawan2 dorm pelik betul. Diorang mesti tny knapa tiga2 lauk semuanya sotong. Hehe dah memang aku suka sotong kan.
Tp bila aku di matriks..disebabkan terlalu selalu sangat makan sotong selama bertahun2..akhirnya aku menjadi terlalu muak makan sotong sehinggakan aku tidak lagi menyentuh sotong selama 3 tahun. Haa amik ko kronik punya muak. Tu laa..mkn x reti nak berpada2.
Sekarang aku kembali menggemari sotong. Tp aku kini lebih berpada2 ketika mkn sotong..tidak lagi makan hampir setiap hari..makan kadang2 je. Tp bukan sebab aku takut aku muak semula..ianya kerana aku takde duit selalu nak beli sotong huhu..kalau dulu duduk dengan mak bapak dalam fridge tu memang sentiasa bersotong. Tp bila dah berpeti ais sendiri ni..haruslah tak mungkin sentiasa bersotong aje huhu
Aku beli 2 ekor je ni pun..dah RM 16. Sotong katak plak tu. Huhuhuhu

0 comments:
Post a Comment