Friday, December 9, 2011

Saya degil takmau tido!

Suami dan anak telah lama tidur.

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 1.01 pagi. Tapi aku masih degil dan tidak mahu masuk beradu. Bukan tak letih. Bukan tak ngantuk. Maunye menjaga bayi berusia 6bulan seberat 8kg++ seorang diri sepanjang hari tak letih? Letihhhh wooooo...tapi aku tak mahu tidur lagi kerana aku rasa masa ni sajelah yang aku ada untuk treat diri sendiri untuk buat apa yang aku suka. A little bit of "Me" time.

Waktu2 lain aku adalah seorang ibu.

Seorang isteri.

Seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

Ohh penat.

Sekarang sajalah masanya aku rasa seperti seorang Norsyahidah Jaafar.

Itupun kejap2 mode ibu menjengah masuk jugak! (kejap2 tengok anak di buaian). Hmm.

Harini Fahri dah reach another milestone dalam hidup dia (tengok! mode ibu2 lagi huhu bercerita pasal anak pulak dahhhhh). Harini dia makan buat pertama kali..Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun anakku membuat amokan seperti apakah.

Beliau tertunduk kesedihan setelah puas membuat amokan. Gambar semasa makan tak dapat nak amik. Ni gambar sebaik sahaja sesudah. Saya kan suri rumah sepenuh masa sendirian menjaga anak di rumah. Mana cukup tangan nak pegang baby lagi, nak suap lagi, nak pegang camera lagi huhu


Sila tengok betul2 kat bulu mata dia. Siap ada lagi sisa2 air mata. Alololololo geramnye aku sebab meraung2 tak tentu pasal tapi kesian pulak nak marah. Tengok le muka tu. Ish!

Aduh apakah lagi yang mau diceritakan. Hidup aku bukannya happening pun. 24 jam terperuk dengan anak kat rumah aje.

Esok2 kalau aku ada masa lagi aku carik laa topik2 menarik nak diborakkan.

Sekarang ni ada lebih baik jika aku pegi tido. Esok nanti menyesal tak sudah.

P/S: Nampak tak bib yg dia pakai tu? Comel sangat kan? Esok dan untuk 5 hari seterusnya aku akan upload lagi gambar dia dan bib2 yang comel sesangat2 setiap kali waktu makan dia. Aduh rasa macam nak pakai sendiri je kalaulah muat kat leher aku yang jinjang bak burung jinjang ni heheh

0 comments: