Saturday, December 3, 2011

Holi..Holi..Holiday

Sekarang aku sedang menikmati cuti semester kolej..agak2 adalah dalam 3 minggu. 

Tahun ini begitu berbeza sekali rasanya. Kalau sebelum ni akulah orang yang paling cemas nak bercuti tersebut, pukul 12.30pm paling cepat aku dah terpacak dah kat punch untuk bertolak pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Melaka. Selalunya on that final Friday of the semester fikiran aku dah takleh tenang dah. Buat keje pun tonggang langgang, tapi siap ok. Padankan muka yang tak penah2nya insaf untuk buat kerja lebih awal. 

Oh. Tahun ini bukannya berbeza dari segi aku siap keje awal. Oh sama sekali tidak.

Tahun ini yang berbezanya adalah...aku bakal menghabiskan cutiku di Kuantan sahaja, tanpa pulang ke kampong halaman tercinta.

Hu. Hu.

Ye, aku telah register untuk menjadi "Pahangite".

Sejak suamiku bekerja di bandaraya Kuantan ini demi kerana isteri (ehem!) dan anak, nampaknya aku harus sahaja menghabiskan cuti di sini. Yelah kalau aku balik kampung siapakah pula yang nak menguruskan makan minum dan pakai beliau (walaupun sebenarnya dia yang menguruskan urusan basuh-sidai-angkat baju kerana aku oh-sungguh-pemalas!). Kira fair la kan, dia berkorban untuk bekerja di sini semata2 untuk berada di sisi kami, jadi inilah pula giliranku untuk membuat pengorbanan untuk beliau. Terima  kasih suami!!

Tapi hari2ku pula yang bosan kerna tiada beliau. Dan tiada keriuhan yang selalu terdapat di rumah Melaka bersama mak, abah, adik beradikku dan juga kucing2.

Di sini yang ada hanyalah anakku yang meneman sehinggalah Adi pulang dari kerja.

Yang mengikut hangin dia..kalau dia baik..baiklah dia sepanjang hari. Kalau hangin...adoiiiiiiii jenuh nak melayannya.

Tiba2 teringat kata2 Daphne Iking satu ketika dulu. Masa tu dia baru sahaja menjadi ibu. Wartawan bertanya macamana perasaan dan hubungan dia dengan baby beliau? Beliau menjawab;

"Oh, it's a love-hate relationship actually, me and my baby.."

Lebih kurang begitu la jawapan beliau, kalau tersalah jangan saman saye ye Puan Daphne. Yela artis sekarang ni sikit2 nak saman, sikit2 nak saman.

Masa tu aku pun terfikir, wah..ni first time ni dengar jawapan yang macamni dari seorang ibu muda yang baru je lepas pantang. Selalunya kalau baca cerita sape2 yang baru dapat baby, semuanya indah belaka, macam bahagia sangat2 je bila dah dapat baby. Tapi lain sangat dengan beliau. Aku sampai terpikir tau, "eh dia ni macam tak sayang anak je..."

Wallahualam. Yang pasti aku tak berpikiran macam itu oke. Takde love-HATE relationship. Sume lovelovelove aje. Paling tidak pun geramnakpicitjebilababymeragamtimekitatengahpenat hehehehehehe

Bolehkah kamu marah kepada wajah ini? Bolehkah? Bolehkah?

Adui anak.


Petang tadi abang aku and family datang melawat aku dan Fahri. Then kami jalan2 ke Taman Bandar. Sempatlah snap satu pic.

Oh aku gemokpendek

Semoga cuti ini bermanafaat bagiku dan keluarga. Semoga anakku sihat dan kuat dan pandai dan happy spend masa dengan mak dia. Dan semoga aku pun happy dan puas memanjakan anak tersayang.

Suami?

Ah..si dia boleh berdikari :)




0 comments: