Tuesday, November 29, 2011

Sirap limau ais.

Fikiran aku sedang berkecamuk sekarang. Perasaan pun tertekan.

Tak percaya?

Korang fikir aku cuma mau berdrama2?

Buktinya:

Pagi tadi masa aku sarapan, aku telah memesan sirap limau SUAM. Sekali yang sampai, sirap limau AIS.
(Aku sedang berpantang dari minum ais sebab sedang menyusukan).

Aku minum aje air sirap limau ais itu. Sehingga HABIS. Tanpa menyedari bahawa air itu adalah air berais.

Bila dah habis boleh borak2 lagi dengan room mateku, Yaya.

Pastu main2 straw..cucuk2 limau tu sambil berborak.

Pastu baru tersedar.

"Laaaaa!"

Yaya cemas.

"Kenapa?"

"Rupanya sirap limau ni..sirap limau ais..bukan sirap limau suam..."

Yaya terkesima sambil ketawa.

Ohh aku sangat tertekan.

Pastu kat dalam fikiran ni asik2 berkumandang je lagu Endang S. Taurina bertajuk "Sangkar Emas"...apakahhhhhh...klasik sungguh! ni semua bahana dengar radio Sinar FM la ni hari2 hehehehehe

Yaya..i dah download tau lagu ni. Esok i akan pasang ye sementara kita sama2 mark paper. Tak payahlah u dengar i nyanyi lagi hehe... "Terkurungggg di dalam sangkar...penuh kepura2annnnn"...hahahahahah

Sesungguhnya aku sedang mengalami tekanan perasaan.

P/S: Yaya, ni lirik lagi Sangkar emas tu. esok bole kita nyanyi sama2 ye ^_^

selangit salam selaut mesra rinduku
terpendam dipersada hati
walaupun jasad kita sering berjauhan

kasihku harum mewangi
aku disini dan engkau masih disana
sukarnya untuk bertemu
aku seumpama tersiksa dalam sangkar emas
hati lemas pandangan terlepas 
tetapi jiwaku tak begitu

terkurung didalam sangkar
penuh kepura-puraan
yang ingin saksikan perpisahan
diantara engkau dan aku

aku disini dan engkau masih disana
sukarnya untuk bertemu
aku seumpama tersiksa dalam sangkar
hati lemas pandangan terlepas

tetapi jiwaku tak begitu
terkurung didalam sangkar
penuh kepura-puraan
ada insan sayang iri hati
menyaksikan kita berdua 

1 comments:

heliocentrism said...

Dengar sinar ko skang ek... hikhikhik