Sunday, October 30, 2011

Wahai Wira Wirawati Negara

Pada 16hb Oktober yang lalu, kami telah pergi melawat adik bungsuku, Amira yang sedang mencurahkan khidmat bakti setia kepada negara di Kem PLKN Warisan, Masjid Tanah, Melaka. Walaupun lawatan itu amat singkat namun cukuplah sebagai pelepas rindu.

Nampak macam adikku ada sedikit perubahan. Baguslah. Kalau dulu, pergerakan dan tindakan beliau adalah cukup 'lembah lembut' (bak kata mak aku). Bukan lemah lembut bersopan, tapi lemah betul2. Bukan cobaan. Contohnya;

"Mira! Angkat kain cepat. Hujan!!" teriak makku.

Hah. Di masa itulah sifat lemah lembut beliau itu menampilkan diri. Baju tu baik saja laa dibiarkan basah dalam hujan dari diangkat. Sama je basahnya.

Tapi hidup di PLKN takkan nak bertindak terhegeh2 begitu, ye tak? Lagipun, beliau telah dilantik menjadi KETUA KOMPENI ok...Kat PLKN, para wira wirawati negara tersebut dibahagikan kepada 3 Kompeni besar, Kompeni Alpha, Kompeni Beta dan Kompeni Charlie. Amira merupakan Ketua Kompeni Charlie. Haa, bangga tak? Kat atas bahu siap ada pangkat, yang mereka panggil 'balak'. Wahh..hebat2. Takkanlah mereka nak melantik orang yang lemah lembut menjadi ketua kompeni, ya tak?

Amira memberitahu, salah satu sebab mengapa dia dipilih adalah kerana SUARAnya yang cukup kuat dan lantang untuk memberi command ketika berkawad.

Ehem! Ehem! It definitely runs in the family hehehe

Dan dia pun telah kelihatan berisi sedikit. Haha. Sumpahan keluarga telah bermula la tu. Hehe!

Cakap banyak pun tak guna. Mari kita lihat gambar.


Perjalanan pergi. Kelihatan anak bujangku sungguh eksited sekali menaiki kereta mercedes antik atuknya yang sungguh luas pemandangannya.



Opah, Is (nama panggilan anakku di Melaka) dan Maknya Is.



Menikmati kentang goreng tanpa air minum (huhu hausnya) sambil catch up2 perkembangan terkini



Haha kamu dah tembam



Baju dah nak sama kaler dah



Cubit muka busu!!!



Perjalanan pulang. Dah letih la tu sampai tertidur.


Semoga PLKN menjadi suatu program yang bermanafaat kepada adikku di dalam penghidupannya. Amin.

0 comments: