Dalam hidup aku ni dah banyak kejadian2 yang aku rasa bersejarah telah berlaku seperti bertunang, bernikah dsb tapi tak pernah pulak aku terasa nak bercerita mengenainya dalam blog ini. Tapi ada satu detik bersejarah yang mahu aku kongsikan, iaitu detik2 kehadiran seorang lelaki yang paling aku cintai di dalam hidupku sekarang, iaitu anakku Fahri. Mari aku ceritakan mengikut kronologi kejadian ya.
Isnin, 13 Jun 2011, jam 11.30 mlm
Tiba2 aku jadi teringin sangat2 nak makan mee goreng mamak dan air nescafe ais. Teringin yang teramat kuat. Jadi aku pun pergilah merengek2 kat adik lelaki aku untuk pegi membelikannya di kedai mamak. Beliau pergi membelinya untukku, tapi bukan di kedai mamak, beliau pergi membeli di warung makan melayu yang "apakah" aje rasanya. Buat nescafe ais pun tak sedap. Ahh kecewanya perasaanku tapi aku makan ajelah. Aku siap kata, "ko kalau ceda bersalin, tak sempat nak makan mee goreng mamak yang sebenarnya, kempunan, baru ko tau.." Adik aku gelakkan saje, kerana lambat lagi aku nak bersalin, baru 37 weeks kot.
Gambar sekadar hiasan.
Selasa, 14 Jun 2011, jam 12.20 tgh malam.
Setelah kekenyangan makan mee goreng mamak yang tak mamak tersebut, aku pun melangkah ke bilik tidur, plannya nak bergolek2 di tilam sambil menonton filem Seniman Bujang Lapok yang sedang ditayangkan di Astro Prima pada ketika itu. Setelah membuka TV, aku terperasan yang aku tidak tutup pintu bilik lagi. Aku pun bangun menutup pintu bilik dan berjalan semula ke arah katil. Tiba2..aku merasa satu sensasi yang panas2 pelik2 di bahagian nun jauh di bawah.
"Oh! Terkencing ke aku ni!"
Lalu aku ke bilik air untuk kencing.
Usai urusan ku di tandas, aku melangkah semula ke katil. Sebelum aku sampai ke katil tiba2 aku berasa ada cecair panas mengalir menderu menuruni kaki, membasahi lantai. Aku pun tunduk dan tengok.
"Hmm..ini bukan air kencing ni..takkan nak kencing lagi. Adakah ini..."
Kerana aku sudah takut nak bergerak, aku pun menelefon emakku yang sudah tidur di bilik sebelah.
"Mak, datang tengok orang kejap. Oramg rasa orang nak beranak dah ni,"
Mak aku dengan cemas datang menjenguk. Setelah mengesahkan itu adalah air ketuban, mak aku pun suruh aku bersiap2 untuk ke hospital. Cemas betul beliau habis semua orang di rumah kena marah. Dengan aku-aku sekali kena marah bila aku langsung rasa tak cemas dan siap eksaited2 lagi bergambar sebelum ke hospital. Kenangan harus disimpan oke. Ahahaha.
Sebelum aku berangkat ke hospital sempat lagi menyalahkan adik aku yang gagal membelikan mee goreng mamak yang sebenarnya tadi. Sekarang kan aku dah kempunan. Kena tunggu habis pantang barulah boleh makan huhuhuu
Macam minah indon terkelendat. Haha sempat lagi tu bergambar buat tanda "Peace!!"
Selasa, 14 Jun 2011, 9.00 pagi
Aku masih lagi tidak langsung menunjukkan tanda2 kesakitan. Masih lagi sengal seperti biasa. Bosannya duk menunggu kat wad. Doktor pakar datang memeriksa aku. Sangat sakit, oke. Tak payah explain laa dia check camne nanti korang (pembaca perempuan yang belum berpengalaman) rasa sendiri laa ye. Bila beliau mendapati aku masih tiada tanda2 mahu melahirkan sedangkan air ketuban sudah lama pecah, beliau pun mengarahkan supaya aku diinduce demi keselamatan bayi dalam kandungan. Biasalah hospital kerajaan, arahan doktor keluar pukul 9 pagi, pukul 3 petang baru dapat diorang induce aku disebabkan labour room penuh. What do you expect.? Hmm takpelah, since aku bukan dalam kesakitan pun.
Selasa, 14 Jun 2011, 6.45 petang
Masih lagi tidak merasakan apa2 walaupun setelah diinduce. Doktor pakar datang memeriksa dan dia sangat2 unhappy with what he sees. Takde progress langsung. Lantas dia memecahkan kantung baby (entah apa namanya aku tak ingat, yang aku ingat ianya sakit sangat2) dan kemudiannya mengarahkan supaya aku diinduce dengan ubat induce yang terhebat sekali, kali ini melalui IV Drip. Again, what do you expect? Pukul 9.00 malam baru aku menerima IV Drip tersebut dan sudahpun bersiap sedia di kamar bersalin.
Selasa, 14 Jun 2011, 9.00 malam
Setelah menerima Pitocin Drip tersebut, aku pun ditinggalkan oleh jururawat bertugas kerana berlaku sedikit kecemasan di kamar bersalin yang lain. Aku pun duduk sorang2, melihat jam yang berdetik di dinding betul2 di hadapan katil tempat pembaringan aku. Tiba2 lebih kurang pukul 9.15 malam, aku mula merasakan kesakitan...kesakitan yang memang sakit.
"Oh. dah start ke." bisik hati kecil.
Selepas dari itu semuanya seakan satu kenangan yang blurry je pada aku. Yang aku ingat adalah kesakitan yang sungguh tak tertanggung, yang datang menderu secara tiba2..dan dia datang dan pergi laksana ombak menghempas ke pantai. Itulah keburukan kena induce berbanding bersalin normal. Bila normal, sakitnya datang gradually, badan kita pun akan adjust kepada kesakitan tersebut. Kalau kena induce, sakitnya datang sekepuk sekaligus, dan badan kita tak berapa nak ready untuk cope dengan kesakitan tersebut. Terlalu sakitnya sehingga lidah aku jadi kelu, aku tak mampu langsung nak mengucap atau membaca apa2 ayat hatta membaca di dalam hati sekali pun. Terasa seperti nyawa aku di awang2an aje time tu.
Setelah tak tertanggung lagi kesakitan yang maha hebat tersebut, aku pun melolong2 meminta pertolongan.
Melolong, oke. Sampai serak2 suara aku.
Again, what do you expect. Hospital kerajaan. Takde sape pun yang come to the rescue. Aku dah rasa nak push dah ni, tapi aku takut, boleh ke push? Itu yang tak tertanggung2 sangat sakitnya. Labour room yang senyap tersebut, bergema dengan lolongan aku aje. Malu siot tapi time tu aku dah tak pedulik. Tapi aku rasa, makin aku melolong, makin laa nurse2 tu buat tak tau. Diorang siap cakap lagi:
"Alah dik, ni anak first kan? lambat lagi tu...esok pagi baru beranak ko ni dik!!" tanpa ada perasaan mau mengechek pun di tempat yang sepatutnya dia check. Cakap kat muka pintu kamar bersalin tu aje.
Selasa, 14 Jun 2011, jam 11.10 malam
Akhirnya setelah aku kehabisan suara tapi masih lagi cuba melolong, datanglah seorang doktor pelatih muda berbangsa cina bernama Christopher Ho (selama2nya aku akan ingat nama beliau ni huhu). Dengan baik hatinya dia menghampiriku lalu berkata,
"Kenapa kak? dah sakit sangat ke? dah rasa macam nak bersalin sangat ke?"
Aku pun sekadar mampu menganggukkan kepala. Beliau pun memeriksa aku dan lantas berteriak,
"Alamak ni dah boleh sangat ni! Nurse!! Nurse!!"
Ha. Baru korang tau nak datang terkejar2 kat aku.
To cut the long story short, lahirlah anakku Ahmad Fahri Iskandar bin Adi Putera berkeberatan 2.6kg pada tepat jam 11.16 malam setelah 3 kali push sahaja.
Kali pertama aku dengar tangisan anakku, menderu....i repeat MENDERU rasa kasih sayang pada dia meskipun aku belum lagi menatap wajah anak itu.
Kemudian dia diletakkan di atas dadaku, tangisannya terus berhenti dan dia terus merenung tepat ke mataku.
Oh! Aku terus jatuh cinta, sehingga ke hari ini aku masih tak dapat melupakan renungan matanya ketika itu.
Selepas itu aku terpaksa berpisah pula dengan anak dan hanya bertemunya semula selepas azan subuh berkumandang pagi esoknya kerana luka aku yang terlalu kronik memerlukan ianya dijahit di dewan bedah. aku pun merasalah macamana rasanya bila kena bius separuh badan huhu.
Tapi apa sahaja yang aku lalui, aku tak kisah kerna sesungguhnya terlalu berbaloi kesakitan itu semua, dan di pengakhirannya aku mendapat anakku. Mana nak carik? Bukan boleh beli kat kedai ye tak.
And I would do it all over again. A thousand time again.
Bila tengok gambar2 ni, rindu pulak kat anakku ni. Sekarang dah takde rupa baby dah, dah mcm dewasa sangat dah. Ohh rindunya mak sama kamu yang baby wahai anak.

Ahmad Fahri Iskandar bin Adi Putera..hours after his birth.
Emmmph..nak bangun..mana mak ni...
Tempat apa ni terang je haa? kat dlm perut mak gelap je.
Parents n parents in law...ooh aku depresi melihat gambar sendiri
Pandai menjeling mcm maknye hehehe
Apakah rupaku apakahhhhh
Kecik je anakku, kan? Mcm alien.
alahai mcm budak tak ckup zat je...
....Tiba2 MEMBESAR tanpa disedari....
Bila tengok gambar2 ni, rindu pulak kat anakku ni. Sekarang dah takde rupa baby dah, dah mcm dewasa sangat dah. Ohh rindunya mak sama kamu yang baby wahai anak.
My sleeping angel. A big big boy now. So very proud of you dear.
Oh. Come to think of it, hari ini anakku dah berumur 124 hari...bermakna sudah 124 hari kejadian aku kempunan nak makan mee goreng mamak dan nescafe ais tersebut berlaku.
Dah lama dah habis pantang, namun sehingga ke hari ini, aku masih lagi belum dapat makan mee goreng mamak dan minum nescafe ais T_T
P/S: Oh ye Jipak, i hope u r happy with this. Entri ini dituju khas buatmu :)

1 comments:
i'm..mm..how to put this ya..well..i'm happy enough..but..maybe u can please just..just..write less bout u and ur mee goreng mamak and focus more about the this handsome guy Fahri.
okay?
hahaha..weyyy..keep us updated okay?
Post a Comment