Thursday, October 27, 2011

Monsun Timur Laut

Oh. Betapa indahnya hari2 di Kuantan sekarang. Hujan almost every day. Dah lah hampir setiap hari, dalam satu hari tu selalunya akan hujan sebanyak 2-3 kali pulak tu. Sebagai tapak sulaiman yang tegar, aku amat2lah menyukai keadaan ini. Dapatlah aku berguling2 aje di rumah menikmati rahmat yang Allah turunkan ini. Ditambah pula dengan cuti berderet2 yang negeri Pahang alami (Isnin cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang, Rabu Deepavali), menjadikan hari2 hujan sebegini begitu indah sekali.

Namun professionku sebagai tapak sulaiman yang disegani sudah semakin goyah nampaknya, lantaran terdapat satu anasir yang sering menggangu ke'tapaksulaimanan'ku, memaksa aku dan suami keluar rumah juga di hujung minggu dan di hari cuti indah nan hujan.

Inilah makhluk comel yang berjaya menamatkan era kegemilangan tapak sulaimanku. How could u say NO to those eyes?? And that face? And that little coy smile?

Jadi pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga menuju ke Giant memandangkan anak aku ni suka benar ke Giant. Kenapa aku kata suka benar? Kerana setiap kali pergi dia akan berasa cukup selesa sehingga beliau mampu tidur di stroller sambil kami berjalan2 di Giant. Kalau pergi ke tempat lain jarang dia mau tidur sebegitu. Kalau kat rumah takde maunye tidur. Dah la tanak tidur, merengek2 pulak tu, pegang tak kena, duduk tak kena, baring tak kena, jadi penyelesaiannya adalah membawa beliau keluar rumah la nampaknya.

Setelah selesai membeli belah barang2 keperluan, kami pun menuju ke Pizza Hut di dalam Giant itu juga untuk menikmati piza 7 keju terbaru tu. Nampak iklan kat tv macam sedap.

Sampai2 di Giant aje anank bujangku ini terus bulat terbuka matanya.

Ok fine, Terpaksa lah mak abahnya bergilir2 pegang dia sambil makan.

Dengki tak dapat makan pizza, jadi kacau orang pulak.

Haha meronta2.

Tiba2, datang seorang waitress menghampiri Adi (yang ketika itu sedang memegang baby) lalu berkata "alahai comelnya...bak baby sekejap" sambil terus merampas..i repeat merampas Fahri dari pangku suamiku. 

Kami berdua berada dalam keadaan yang terpana.

Lantas makhluk waitress tersebut membawa Fahri ke dapur...dan terus hilang dari pandangan lantaran dapur Pizza Hut Kuantan ni memang tertutup.

Time tu aku dah cemas dah. Apakah orang ini. Dah lah tak mintak izin, tiba2 dia just lean in dan ambil Fahri dari tangan Adi. Kalau lakiku yang hulur sebagai tanda setuju, takpe lah. Ini tidak. Ambil secara paksa ketika kami berdua sedang terkulat2 cuba mendigest erti perlakuan beliau tersebut.

Agak lama jugaklah orang tersebut mengambil anakku. Aku dah risau separuh mati dah. Kalau la orang tu penculik baby ke, apa ke, mati aku mana nak carik anak aku. Dah tak sedap duduk dah aku, rasa nak je aku menyerbu masuk dapur. Tapi Adi kata, "sabar..sabar dulu.."

5 minit kemudian waitress itu pun datang memulangkan Fahri. Aku pun mengambil anakku dengan muka segarang mungkin. Orang itu pun tidak berkata apa2, terima kasih ke, ape ke. Sakitnya hati aku. Terus aku periksa anak aku. Dahlah bawak masuk dapur, kan penuh dengan benda2 panas. Bodoh punya orang bawak baby ke tempat bahaya.

Memang begini ke ek mentaliti rakyat Malaysia, that it is ok to take others' baby n bawak merata2? Dah banyak kali jadi gini. Dalam lift, sambil turun eskalator, sempat lagi ade je orang duk cubit pipi anak aku or pegang2 tangan dia. Aku rimas.

Teringat bahawa perkara ini pernah dibincangkan di kelas dengan lecturer aku dahulu, Mdm. Rosalind. Dia pun tak setuju dengan mentaliti rakyat Malaysia ni kalau nak dibandingkan dengan Westerners.

"You could never touch others' baby in public like what we do in Malaysia. Do you know how many germs are there in your hands? And it is considered rude to touch a stranger's baby. Silap2 memang kena sembur. "Who are you? Do I know you? Why are you touching my baby with your hands? Do you know that it is unsanitary?" etc2.

There you have it. Aku pun tak mengerti. Kalau just nak tanya berapa bulan baby ni aku leh la terima lagi untuk berbual. Tapi yang pegang2, yang cubit2..arrghh..aku takleh terima la. 

Bayangkan tiba2 aku naik angin pulak kat orang2 tu semua, "Ko siapa? Kenapa tiba2 pegang anak aku ni?!"

Macam pelik pulak kan jika aku amalkan benda ini kat Malaysia. 

Masalahnya benda ni memang dah jadi lumrah kat Malaysia ni kan, that it is OK to touch baby orang yang tak dikenali.

What do you think?


Jom la Nak kita balik, dengjeres la duk Mesia ni.




0 comments: