Monday, May 23, 2011

Bernafas Dalam Tandas (Ini bukan cerita hantu)

Huhu. Sebenarnya tadi aku telah mengalami satu kejadian yang mencemaskan (bagi akulah).

Ceritanya begini. Aku sedang berada di tempat kerja. Tiba2 terasa seperti ingin mmbuang air kecil. Jadi aku pun memasuki tandas. Ada tiga bilik tandas di dalam tandas tersebut. Aku selalu masuk yang tengah2. Ntah kenapa, aku memang suka masuk tandas yang tengah tersebut, dari hari pertama aku bekerja di sini, hinggalah ke tahun ketiga sekarang. Aku coba jugak untuk masuk tandas yang tepi sekali, sebab aku tengok ramai orang suka masuk tandas itu. Tapi tak best pon. Tetap best jugak yang tengah. Mungkin sebab dulu masa kat asrama, toilet yang hujung sekali tu orang kata ada hantu. Atau mungkin juga aku terpengaruh dari zaman kecik2 dulu, bila tido ramai2 bersama2 sepupu2 kat rumah nenek, semua takut nak tido kat tepi. Semua nak tido kat tengah. Takut sebab orang kata, hantu akan tangkap orang yang tido kat tepi sekali.

Masa tu, akan menangis laa sape2 yang malang yang tido kat tepi sekali tu, sebab terlalu ketakutan. Haa ye lah, aku jugak yang beralah. Aku bukan nak kata apalah, aku ni memang berani.

Tapi, bila aku memasuki sekolah berasrama penuh, lain pulak ceritanya. Diorang kata, siapa yang tido tengah lah hantu akan kacau, sebab hantu tu tahu dialah yang paling penakut sekali, so senang nak kena rasuk.

Ha! Kalau laa cousin2 aku tahu itu yang sebenarnya hehehehe...

Alah, kalau dah kena kacau tu, kena juga. Tak kira laa tido tepi ke tengah ke, atas katil ke bawah katil ke. Aku dulu penah je tido sebelah hantu. Siap sandar2 kat kaki beliau lagi. Ingatkan kawan aku datang mengendeng tido kat sebelah, rupa2nya bukan.

Haha. Takut. Tapi dulu buat2 tak takut la. Karang kalau takut, kena sampuk, histeria pulak.

Eh. Merepek pulak aku.

Alkisahnya, aku pun memasuki tandas yang tengah tersebut dan mengunci pintu. Yelah, karang tak kunci, ada orang terbuka pintu, haaaa free show pula. Jatuh cinta kat aku karang, susah sebab sama jantina.

Sambil aku menjalankan fitrah manusia di dalam tandas tersebut, aku mendengar ada seorang lagi Hamba Allah memasuki tandas di sebelah ku. "Dup! Dup! Dup!" Debar jantungku. Eh, tak payah nak seram2 lah, ini bukan cerita hantu.

Setelah menyucikan diri seadanya, aku pun bersiap2 mahu keluar dari tandas. Aku pun memulas tombol pintu. Tiba2 tombol pintu itu menjadi longgar dan terjulur keluar dari pintu.

"Dup! Dup! Dup!" debar hatiku lagi.

Ye, aku telah terkunci di dalam tandas.

Ish! Kan aku dah kata, ini bukan cerita hantu!

Nasib baik Hamba Allah di sebelah toilet itu seperti mengerti aku sedang dilanda kesusahan lalu beliau pun menghulurkan bantuan. Namun bantuan yang cuba diberikan itu tidak berjaya. Puaslah beliau pergi mendapatkan bantuan dari rakan2 pensyarah yang lain, yang perempuan ada, jejaka gagah pun ada, namun semuanya gagal untuk mengeluarkan aku dari situ. Sampai lenguh laa kaki aku dan berpeloh2 jugalah kami semua di dalam tandas kecil tersebut. Siap ada yang cuba tendang pintu tu nak kasik roboh (ala2 polis dalam cerita Gerak Khas) tapi masih juga gagal. Mungkin sebab takde training kepolisan. Nasib baik tak claustrophobic, kalau tidak dah lama aku pensan.

Akhirnya wira2 aku tu takde pilihan lain selain dari menghubungi encik penyelia bangunan. Yang pelik tu beliau boleh pula berkata, "Alah, kejap lagi saya datang, kasi dia rehat2 dulu.."

Rehat dalam toilet? Nak duduk pun tak boleh! Apakahhhhh...

Akhirnya bantuan yang sepatutnya pun tiba. Wira2 aku yang tadi tu semua keluar dari tandas, mungkin terlalu crowded dan panas dan telah sakit kaki kerana menendang pintu tandas, tidaklah aku ketahui. Tak sempat aku ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka semua. Selepas berusaha selama beberapa minit, akhirnya encik penyelia bangunan dan konco2 beliau pun berjaya melepaskan aku dari cengkaman tandas tersebut dengan memecahkan tombol pintu yang rosak itu.

Apa2pun aku ingin berterima kasih kepada wira2 ku tersebut, walaupun telah gagal untuk melepaskan aku, namun keperihatinan mereka amat2lah mengharukan. Terima kasih kepada Farah Aini, Kak Bell dan juga Encik Zainol yang gagah perkasa (ehem! ehem!). Terima kasih sangat2.

Kan aku dah kata, ini bukan cerita hantu.









2 comments:

heliocentrism said...

Aduuuuyai.

Sakit perut aku..=P weh. ko nih mmg ratu terperangkap ek? Ingat kesah ko trapped dlm bilik sendirik kat sekilau dulu?? At least dulu dlm bilik.. pueh menjerit meronta ronta mintak tolong ko bleh rest, baring2 atas katil.. nih dalam tandas??!

Aru!! Mcm-mcm ko ni..hikhik

intoxicated_lover said...

Haah..aku pun telah ingat2 lupa kejadian tersebut...hoho kagom aku ko masih mengingatinya.

Ko memang rindu kat aku kan? kan? kan?

:)

Yang benar,
Ratu Terperangkap.